Monday, March 16, 2009

IDA RAHAYU MD NOOR

Nama Ida Rahayu dah semakin dikenali sejak beliau bertanding jawatan Ketua Puteri. Akhir-akhir ini kedengaran semakin kuat angin bertiup menyatakan Ida bakal memenangi jawatan itu. Entah iya atau tidak, saya tidak begitu mengikuti perkembangannya. Tapi menyorot salah satu tulisan yang saya lampirkan di bawah tulisan Syahrilkadir, nampak gayanya memang ada harapan untuk menang.

Home
Biografiku…
Inikah bakal Ketua Puteri UMNO?
2009 Mac 13
by syahrilkadir
Ida Rahayu Mohd. No0r, 38, bukan lasak macam ex Ketua Puteri Datuk Azalina, bukan control ayu macam present Ketua Puteri Datuk Noraini Ahmad. Penampilannya sangat lari dari imej glamour akak-akak Puteri kita, Ida macam gadis kampung yang baru balik ngaji kat surau je, jarang pakai make-up, belum berkahwin, kalau korang jumpa dia korang ingat dia Cikgu Bedah yang ngajor Bahasa Melayu kat Sekolah Rendah Mukim Penanti.

Tetapi air tenang jangan disangka tiada buaya…tanpa promosi yang memualkan, Ida dikatakan semakin dekat untuk memenangi kerusi Ketua Puteri UMNO yang baru okay! Satu perkara yang ramai orang tak tahu juga ialah, Ida merupakan jutawan dan pemilik EUROFINE (M) Sdn. Bhd. (Eurofine), sebuah syarikat produksi tempatan yang aktif menerbitkan program-program televisyen (TV) seperti drama, telemovie, sitkom, dokumentari dan filem. Ida pernah menerbitkan filem Anaknya Sazali dan filem animasi Putih.

Aku difahamkan, dalam ramai-ramai yang hendak bertanding untuk jadi Ketua Puteri, beliau satu-satunya yang tidak bercadang untuk menerima tawaran sebagai timbalan menteri atau menteri sekiranya memenangi kerusi tersebut. Ini kerana dia mahu concentrate 100 percent dalam Puteri, tak mahu duduk dalam kerajaan, wow!!!
yelah dia pun dah kayakan…
apapun hujung bulan ini akan menyaksikan sama ada sejarah akan tercipta atau tidak, gud luck Ida!
-----------------------
Itulah kata-kata penulis ini. Lawak jugak kata-kata dia. Tapi apa yang dia kata memang ada kebenarannya. Buat Ida Rahayu, semoga berjaya! Dan sekiranya berjaya harap-harap ianya akan membawa kebaikan dan kejayaan bukan sahaja kepada semua ahli Puteri tetapi juga kepada Eurofine! Doa saya mengiringinya....

3 comments:

  1. Hidup cikgu Bedah!!

    ReplyDelete
  2. yess..buat ida rahayu (mak adik gelaran dlm kluarganya)semoga berjaya..kami mendoakan..dia memang low profile dan sempoi je bak kata orang tapi semangat dia sungguh kuat......ADIK boleh...hehe

    ReplyDelete
  3. tkasih kerna sudi singgah blog saya, selamat melancong madam!

    ReplyDelete