Wednesday, November 24, 2010

SUAMI KELAR ISTERI

Berita yang menyesakkan otak hari ini: Suami kelar isteri sampai mati! Agaknya apa perasaan kaum lelaki bila baca berita itu? Seronok? Bangga sebab berjaya tunjuk kejantanan? Hebat sebab jadi makhluk yang digeruni? Agaknya dah ramai sangat orang lelaki yang gila kat Malaysia ni. Dan jangan hairan bila ada orang lelaki yang akan kata, itu mesti isteri dia curang...dan banyak lagi anggapan negatif terhadap mangsa. Kalau suami curang, isteri perlu bersabar dan berusaha untuk amik semula hati suami. Kalau suami terus curang jugak, isteri perlu memaafkan kerana itu adalah fitrah lelaki. Tapi kalau isteri yang curang, suami boleh bunuh isteri. Macamtu ke? Gila ke apa? Memang gila la tu. Banyak dah kes suami bunuh isteri dan boyfriend bunuh gfriend. Agaknya kalau buat statistik, ramai perempuan yang mati sebab lelaki. Tak percaya, cuba lihat kat sekeliling kita. Berapa banyak kes perempaun dibunuh lelaki, berapa ramai yang kena sakit jantung sebab perangai lelaki yang akhirnya membawa maut, yang bunuh diri sebab lelaki, yang sakit darah tinggi sebab anak lelaki, sebab suami, sebab adik beradik lelaki....

Sebab perangai lelaki yang semakin menggila jugalah pihak RTM mintak Eurofine buat citer yang baik-baik belaka tentang kehidupan rumahtangga. Jangan buat lagi citer suami pukul isteri, suami tengking isteri apalagi bunuh isteri. Agaknya sebab itu jugaklah TV3 kuarkan citer Asmara. Punyala baiknya si Asmara tu. Dahla hensem giler, badan pun cantik, baik pulak tu. Beranganla orang-orang perempaun untuk dapat lelaki yang sehebat Asmara. Akakpun nak cari sorang kalau betul ada. Tapi masalahnya, orang lelaki tengok ker semua drama tu untuk dijadikan pengajaran? Suami pompuan yang kena kelar semalam tu tengok ke citer Asmaratu? Orang lelaki tak tengok drama untuk dijadikan pengajaran. Depa tengok drama untuk cari pelakon yang cantik. Nak tengok Liyana Jasmay, nak tengok Fazura, Fauziah Gous, Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah...(opsss Ayu Raudhah mengingatkan saya pada Zakuan...alahaiiii asmaraku...)

Kalaulah saya diberikan kuasa sakti, mahu rasanya saya jadikan semua lelaki lemah lembut. Bukanlah yang lembut sehingga Abang Nuar pun nak sambar jugak, tapi yang lembut bila berbicara dan berdepan dengan kaum perempuan. Kira gentleman la...yang bicara dan perlakuannya penuh kasih sayang. Tapi itu semua mimpi dan cuma boleh dibuat dalam drama jer. Agaknya sebab itu saya suka buat drama supaya boleh buat apa sahaja pada lelaki ikut acuan skrip sendiri. Kalau yang jahat giler saya akan gambarkan lelaki. Kalau perempuan jahatpun biar yang kena orang lelaki, bila lelakitu buat jahat saya suruh treler langgar atau biar dia mati dalam longkang sendirian sehingga dagingnya dicicipi anjing liar dan dihurungi langau. Nampak macam benci sangat saya kat lelaki kan? Salah tu...saya suka Asmara, saya suka Zakuan. hahaha. Bukan benci, tapi sakit hati. Rakan-rakan kat opispun ramai lelaki yang budiman. Ada Syawal, Irwan, Jamil, Tok CD, Jason. Semuanya baik dan setakat nakal2 kucing jer. Tak percaya, datangla ke Eurofine.

Dan kepada penulis skrip di luar sana, kalau ada citer yang kita boleh kenakan kaum lelaki, silalah hantar ke Eurofine!

Thursday, November 11, 2010

PENULIS DAN BOMOH

Kalau ada penulis skrip yang rasa teraniaya, rasa dizalimi atau cuba nak cari kerjaya lain, saya cadangkan p jadi bomoh! Kerjaya bomoh ni senang cari makan. Bomoh tak pernah kena tipu macam penulis skrip sebab depa yang banyak tipu orang. Lagipun, satu Malaysia percaya kat bomoh. Yang kaya, yang miskin, ahli politik, ahli muzik, ahli sukan. Pendek kata, apa jer yang tak kena boleh mintak bomoh selesaikan. Siti Balqis hilang, cari bomoh, nak nombor ekor cari bomoh, bila kemarau cari bomoh hujan, bila kedai tak laku, kena mintak tolong bomoh pulihkan, kalau anak demampun cari bomoh. Hilang kerbaupun tanya bomoh. Apa lagi kalau tiba musim pilihanraya. Semua cari bomoh. Kalau kalah depa kata bomoh Rosmah lagi hebat. Kalau macamtu pilihanraya akan datang kira BN mesti menangla sebab Rosmah ada bomoh. Nak wat camana, Anwar tak main bomoh, dia main 'bo' jer. Gitula agaknya. Kira hebat betul peranan bomohni!

Saya sebenarnya duk heran sangat, awatla yang duk percaya bomoh nie? Pandai satu dua tiga ayat Quran dah mengaku ustaz, dah mengaku bomoh handal. Bukan tak pernah ada kes bomoh kerat orang, bomoh rogol orang, bomoh tipu duit, bomoh itu dan bomoh ini, tapi memang dasar manusia tu mudah lupa - bak kata Tun M. Memang betul! Tapi bomoh bukan dari kalangan Melayu aje. Ada gak bomoh India, ada gak bomoh Cina macam Lee Meng Wah yang hari ni kena hukum penjara 5 tahun dan 3 sebatan. Padan muka dia, dan padan gak dengan muka orang yang percaya sangat ngan bomoh tu. Saya bukan tak simpati pada orang yang teraniaya, tapi orang yang teraniaya tu patutnya dah belajar dari pengalaman orang-orang lain. Yang duk percaya gak tu apa pasal? Kononnya bomoh boleh hilangkan sial. Sial tu macammana? Ker yang sial tu ialah si bomoh?

Mana pergi bomoh hujan yang orang selalu duk panggil masa nak buat kenduri kendara? Awat bomoh ni tak p berhentikan hujan kat Kedah sampai Kedah banjir teruk? Tapi percaya atau tidak, nanti musim kenduri bulan 12 ni, orang akan panggil gak bomoh hujan nie. Tu pasal saya kata kerjaya bomohni memang menguntungkan. Sapa-sapa jer boleh jadi bomoh. Tak perlu ada kelayakan akademik. Janji bijak menipu.

Macam penulis skrip jugak. Orang lulus SRP jer pun boleh jadi penulis asal saja punya minat, punya pengalaman atau punya pengamatan rapi tentang hidup dan kehidupan. Tak semestinya orang yang ada diploma, ijazah, master atau palbagai title lain dalam penulisan boleh menjadi penulis skrip yang kreatif. Apa lagi yang dapat title secara palsu. Yang payah ialah menghasilkan idea atau mencari cerita yang original. Bukan ceduk dari HBO atau amik cerita dari cerita-cerita lama dan diubahsuai. Macammana nak kembangkan idea, bagaimana nak tulis ikut format yang betul, semuatu boleh belajar dengan cepat dan mudah.

Jadi, saya menyeru kepada semua manusia di luar sana, sesiapa sahaja termasuk para saintis, arkeologist, pemandu teksi, treler, penganggur, pembuat roti canai atau penoreh getah, anda memang boleh jadi penulis skrip selagi anda punya minat dan punya cerita untuk dikongsi bersama. Tapi jika tidak yakin atau takut ditipu, baik jadi bomoh jer la....






Thursday, November 4, 2010

TERBAIK

Arini pilihanraya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi. Lantak depa la nak pilih sapa pun. Yang pasti kenala pilih yang terbaik. Nak mencari yang terbaik bukannya senang. Sayapun mengalami perkara yang sama bila kena mencari yang terbaik. Bukan calon suami sebab ramai calon dah memang tak terbaik (hehehe...org lelaki jgn duk marah no!....saya duk minat kat zakuan, dia plak x minat kat saya....hehehe). Saya duk tengah cari konsep cerita yang terbaik. Byk kengkawan duk hantar sinopis kat email, tapi citer biasa-biasa aje. RTM suh cari citer yang hebat. Peningla kepala akak. Semalam semasa meeting proposal ngan RTM, sorang penilai yang cantik bergaya duk mintak saya buat citer yang 'meremang' bulu tangan. Yang dia maksudkan bukan cerita seram, tapi cerita hebat dan terbaik. Contoh macam telemovie yang ditulis oleh Mazlan Manan, Baran. Tahniah buat cik abang kite yg duk kecik hati kat kita di T'ganu tu. Hehehe . Cuma kengkadang, terbaik bagi kita, tak terbaik kat orang lain. Hebat bagi kita, tak hebat bagi orang lain. Macam pemimpin jugak. Kita kata pemimpin yang terbaik ialah Najib, tapi ada orang kata Nik Aziz, yang berhaluan kiri kata Lim Kit Siong. Yang berhaluan belakang plak kata, Anwar Ibrahim. Macam-macam 'baekkk punye...'

Mencari cerita yang terbaik pada saya memang sukar. Pernah beberapa kali saya menjadi juri bagi pertandingan penulisan skrip Finas suatu ketika dulu, bila para juri berbincang, memang terdapat ketidakseimbangan pendapat. Tetapi akhirnya terpaksa jugalah pilih yang terbaik berdasarkan undian. Maknanya, jika sampai ada undian bermakna sesuatu yang terbaik itu sifatnya bukan satu, bukan utuh, bukan juga total.

Namun bukan bermakna apabila maksud terbaik itu boleh dipertikai, kita mengambil jalan mudah untuk buat sesuka hati atau merajuk atau putus asa dsb. Kita harus cuba juga mencari yang terbaik, paling tidak bagi satu majoriti penilai. Bagi saya itu satu cabaran dan saya rasa dengan adanya cabaran kita akan jadi terbaik....(walaupun dlm perasaan sendiri....hahaha)

Selamat mengundi! Hidup Tun Mahathir!