Thursday, November 4, 2010

TERBAIK

Arini pilihanraya kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi. Lantak depa la nak pilih sapa pun. Yang pasti kenala pilih yang terbaik. Nak mencari yang terbaik bukannya senang. Sayapun mengalami perkara yang sama bila kena mencari yang terbaik. Bukan calon suami sebab ramai calon dah memang tak terbaik (hehehe...org lelaki jgn duk marah no!....saya duk minat kat zakuan, dia plak x minat kat saya....hehehe). Saya duk tengah cari konsep cerita yang terbaik. Byk kengkawan duk hantar sinopis kat email, tapi citer biasa-biasa aje. RTM suh cari citer yang hebat. Peningla kepala akak. Semalam semasa meeting proposal ngan RTM, sorang penilai yang cantik bergaya duk mintak saya buat citer yang 'meremang' bulu tangan. Yang dia maksudkan bukan cerita seram, tapi cerita hebat dan terbaik. Contoh macam telemovie yang ditulis oleh Mazlan Manan, Baran. Tahniah buat cik abang kite yg duk kecik hati kat kita di T'ganu tu. Hehehe . Cuma kengkadang, terbaik bagi kita, tak terbaik kat orang lain. Hebat bagi kita, tak hebat bagi orang lain. Macam pemimpin jugak. Kita kata pemimpin yang terbaik ialah Najib, tapi ada orang kata Nik Aziz, yang berhaluan kiri kata Lim Kit Siong. Yang berhaluan belakang plak kata, Anwar Ibrahim. Macam-macam 'baekkk punye...'

Mencari cerita yang terbaik pada saya memang sukar. Pernah beberapa kali saya menjadi juri bagi pertandingan penulisan skrip Finas suatu ketika dulu, bila para juri berbincang, memang terdapat ketidakseimbangan pendapat. Tetapi akhirnya terpaksa jugalah pilih yang terbaik berdasarkan undian. Maknanya, jika sampai ada undian bermakna sesuatu yang terbaik itu sifatnya bukan satu, bukan utuh, bukan juga total.

Namun bukan bermakna apabila maksud terbaik itu boleh dipertikai, kita mengambil jalan mudah untuk buat sesuka hati atau merajuk atau putus asa dsb. Kita harus cuba juga mencari yang terbaik, paling tidak bagi satu majoriti penilai. Bagi saya itu satu cabaran dan saya rasa dengan adanya cabaran kita akan jadi terbaik....(walaupun dlm perasaan sendiri....hahaha)

Selamat mengundi! Hidup Tun Mahathir!

Friday, January 15, 2010

CERAI SUAMI

Beruntung betul wanita Jordan dengan perlaksanaan undang2 'khula' yang membolehkan wanita 'menceraikan' suami dengan syarat yang amat mudah: gugurkan tuntutan nafkah dan kembalikan mas kahwin yang diterima ketika pernikahan. Melalui undang2 khula ini, pilihan diberi kepada wanita untuk memilih perceraian bagi mengakhiri perkahwinan berbanding persetujuan bersama yang dibuat sebelum ini. Proses perceraian mengambil masa yang amat pantas. Tidak perlu menunggu 5 atau 10 tahun untuk diceraikan suami. Bila ini berlaku, wanita tidak perlu bimbang jika lelaki mengasari mereka atau mengambil kesempatan ke atas mereka. Pilihan ini akan membuatkan lelaki berfikir dua kali sebelum mengangkat tangan dan kaki ke badan isteri atau berkahwin 2, 3 dan 4 seenaknya tanpa memberi keadilan kepada isteri yang lain! Ini sebenarnya bukan hukum baru dan bukan juga agama baru. Dan andainya undang2 ini dilaksanakan di Malaysia.... lebih 3/4 lelaki Islam di Malaysia akan diceraikan isteri. Kenapa? Lu pikirla sendiri....



Tuesday, November 17, 2009

NIK AZIZ LA PULAK...

Dah lama saya tidak menulis di blog ini. Cerita Nik Aziz, menantu dan tajaan haji benar-benar menuntut tangan untuk menulis. Saya rasa x percaya dan x mahu percaya tentang cerita yang tersebar. Tetapi pengakuan Tuan Guru membuat saya akur bahawa dia bukan malaikat yang tidak melakukan dosa dan kesalahan. Barangkali ada yang akan berkata, Nik Aziz terima beribu-ribu jer dah bising satu malaya, sedang kalau orang BN, bukan setakat ribu-ribu, 10 juta lagi, senyap jer. Soalnya di sini, salah tetap salah. Dosa tetap dosa. Tidak akan jatuh kesalahan rasuah yang setakat ribu-ribu sebagai dosa ringan dan yang amik juta-juta dosa berat. Apa sahaja dan berapa sahaja yang diambil dan dikatakan rasuah adalah berdosa. Kalau mencuri hukumnya potong tangan. x kiralah curi seringgit atau sejuta. Curi buah pisangpun kena potong tangan. Curi hati jer yang x potong tangan. Begitulah agaknya....Tak apalah Tuan Guru, kadang2 bila kita melakukan kesalahan, kita x sedar. Salah orang kita nampak. Tu sebab ada perumpamaan, gajah depan mata x nampak, kuman seberang laut nampak. Apa-apapun...wa caya lu lah abang Aji....

Wednesday, June 24, 2009

CINTA ORGANIK

Ni telemovie terbaru dalam pembikinan. Arahan pengarah kesayangan Eurofine (sayangla sesikit) Rosli Mohamad. Pelakon Pierre Andre, Fauziah Ghous, Yasmin Hani, Khatijah Tan dan ramai lagi yg hebat2! Cite mengisahkan seorang pemuda yg baru sedar betapa pentingnya makan makanan yang berkhasiat dan yang organik! Mulala dia mencari sayur-sayuran organik. Malangnya dia mula menyusahkan mak dia untuk turut mencari isteri yang organik! X ke pening mak dia. Dapat ke Pierre mencari isteri yg organik? Ha, kalau nak tahu kesudahan cite separa komidi ni, saksikan di kaca tv anda sikit masa lagi.

Saturday, June 13, 2009

ENTAHLA...

Dah seminggu saya balik dari bercuti di Italy. Waktu ini, Jumaat lepas saya tidur macam tak mahu sampai Sabtu. Punyala penat. Saya sebenarnya nak sangat menulis sesuatu tentang percutian itu, tapi tidak ada yang menarik, tidak ada yang mengujakan. Malang amat...8 hari berlalu begitu saja tanpa kenangan indah yang melekat di kotak fikir. Saya lupa hari ke tiga berada di mana dan apa yang berlaku pada hari ke empat tanpa melihat sedikit nota di phone saya. Aneh. Tidak tahu kenapa hati tidak gembira. Tidak tahu kenapa segala yang menarik tidak berjaya membentuk suatu ingatan yang indah. Saya tidak nampak keindahan Venice, kota cinta yang terkenal itu sekalipun itulah kali pertama saya menjejakinya. Entahla... Tika itu bayangan yang lebih indah ialah bilik, katil, tilam dan tidur.... Florance tidak seindah sewaktu saya mengunjunginya 5 tahun dulu. Begitu juga Roma dan Pisa. Entahla.. Cuma saya sedikit gembira tika berada sehari di Switzerland. Melihat Tasik Lugano yang cantik sambil menikmati makan tengahari, melawat kilang coklat dan membeli sebuah jam tangan Fendi di Factory Outlet sebagai kenang-kenangan. Itulah... dan begitulah... Entahla...

Thursday, May 21, 2009

GRED A

Saya cukup berbangga dengan produk Eurofine. Lebih dari 70% produk yang diterbitkan oleh Eurofine mendapat gred A berbanding B. Ini suatu pencapaian yang baik atas kerjasama semua yang terlibat di dalam produksi kami. Memang saya akui sukar untuk melahirkan konsep dan mendapat team yang bagus tetapi alhamdulillah sehingga hari ini Allah beri kami semua itu. Saya amat berharap keadaan ini tidak melekakan kami sebaliknya akan terus menghasilkan produk yang bagus di masa-masa akan datang.

Disenaraikan produk yang mendapat gred A sepanjang tahun 2009

GRED A
1. Mentadak
2. Sedahan Tak Seranting
3. Genggam Tak Tiris
4. Bidadari Mimpi
5. 25 Tahun Menghitung Duka
6. Lafaz Bukan Mainan
7. Mat Bunga
8. Melukut Yang Ganteng
9. Nasi gadang
10. Nine P.I
11. Noktah Pilu
12. Pesan Mak
13. Airmata Buaya

GRED B
1. Andai Ku Tahu
2. Bila Syaitan Berbisik
3. Demi Kasih
4. Kasih Zahra
5. Syawal Buat Bonda
6. Teduhan Kasih



NILAI CINTA

Nilai Cinta adalah tajuk lain yang diberi oleh RTM menggantikan tajuk Firuz Cinta. Rasa sayang jugak dengan tajuk asal. Tapi klien dah nak tajuk Nilai Cinta, apa boleh buat. Terima ajelah seadanya. Sekarang Nilai Cinta sedang buat penggambaran di sekitar KL. Pelakonnya Nabila Huda, Arash Mohd dan Ellie Suriati. Kata Pengurus Produksinya, K. Ina, semua artis nak buat piket pasal telemovie ini sebab kesudahannya ditukar oleh RTM kepada mimpi! Semua artis sayang kepada cite asal yang melibatkan perkahwinan terpaksa seorang bapa angkat dengan anak angkatnya yang lumpuh. Pihak RTM juga pasa asalnya bersetuju dengan cite asal tetapi bimbang jika menyentuh sensitiviti masyarakat. Sayapun sebenarnya x paham kenapa. Kenapa masyarakat tidak boleh menerima perkahwinan seorang bapa dengan anak angkat yang dipelihara sejak lahir? Memang telah wujud perasaan sayang anak dan bapa tetapi mereka tetap bukan muhrim dan sentuhan tetap haram. Jadi apa isunya jika mereka berkahwin? Salah ke? Isu ini yang kita ketengahkan kepada masyarakat. Tapi tak apalah. RTM nak semua babak yang melibatkan perkahwinan adalah mimpi si bapak. Mimpi pun mimpilah. Telemovie ini diarahkan oleh Rosli Mohamad. Harap-harap telemovie ini turut mendapat A nanti seperti yang lain-lain.