Tuesday, February 21, 2012

BOSAN!

Pernah tak rasa bosan? Saya rasa semua orang pernah tahu macammana rasanya bila bosan. Itu baru bosan. Belum kategori bosan giler! Bukan tak ada kerja nak buat, ada, tapi tak ada perasaan nak buat. Ini bukan perasaan bulanan tahu? Saya jugak pernah rasa bosan dan paling parah bila bosan, perkara yang saya suka nak buat ialah makan! Tu entry kat bawah tu, tahun lepas ada pertandingan menguruskan badan. Oppssss lupa nak bagitahu yang saya adalah pemenangnya!!! Turun 5kg beb! Dan paling best dapat RM1,200 untuk duit raya. Baju lelama semua dah boleh pakai. Sana sini orang cakap kurus. Kembang kempis hidung saya dibuatnya. Tapi hanya seketika: lepas beberapa bulan, kembang balik!! Sebab kembang balik ialah sebab bosan!

Bila bosan saya makan. Bukan sesikit punya makan. Tahap melantak. Pagi pekena teh tarik ngan roti canai. Tengah hari makan nasi. Petang minum petang. Malam makan nasi dan sambil tengok tv makan kacang dan segala benda yang ada kat peti sejuk. Segala-galanya pasal makan, makan dan makan. Dan sehingga entry ni dibuat, badan saya naik semula ke asal. Naik 5 kg!

Ni semua pasal bosanlah ni. Kat opis, tak ada banyak kerja nak buat. Production masih belum berjalan. Konsep baru pun tak boleh nak buat. Ada tak ada, saya dan team masuk pitching untuk TV Hijrah. Saja suka-suka masuk. Boleh?

Dan bila fikir-fikir, bahaya betul bila bosan. Bosan ni boleh membunuh. Mana tak membunuh, kalau dah asyik nak makan je, lama-lama penyakitpun datangla. Jadi saya cari ubat bosan yang lain. Dan saya jumpa ubat tu dengan menulis blog! Saya ada menulis satu blog politik yang saya rahsiakan namanya. Bukan apa, nanti ramai pulak orang yang benci dan marah sebab tahu-tahu sajalah bila cakap pasal politik, yang tak tahu politikpun boleh jadi musuh kita kalau lain kapal. Ni yang saya cukup tak suka. terus terang saya menulis pasal politik bukan sebab saya taksub dengan parti, tapi saja suka-suka bagi membunuh kebosanan. Dan ke dua, untuk tahu serba sedikit pasal politik dan orang politik. Ke tiga untuk meneruskan pembelajaran menulis. Dan yang ke empat dan terakhir untuk mencabar diri duduk dalam senarai 500 blogger politik di Malaysia, dan kalau boleh yang ke 100 dan boleh duduk sebaris Papagomo dan Ameno World. Hehehe. Bak kata orang, kena ada target.

Dan sekarangni saya ada satu blog baru lagi. Ianya dibuat khusus untuk travel. Mencatatkan perjalanan dan percutian saya. Dan kalau nak baca bolehlah masuk ke http://aezek-travel.blogspot.com

Dan sekarang, kalau orang tanya apakah saya bosan, Saya pasti akan jawap: TIDAK! Waktu terluang, saya akan tulis blog, saya akan baca blog, saya akan baca news online. Nak tidurpun saya akan baca blog dulu. Segala-galanya terisi dan tiada lagi istilah bosan dalam hidup! Cuma kengkadang saya yang bosan dengan telatah manusia.....hehehe. Nak wat camana ye tak? Namapun manusia dan orangpun ramai gak yang bosan dengan saya....Nasib la.....


Thursday, July 21, 2011

DIET

The biggers loser kembali lagi kat off tahun ni. 5 org menyambut cabaran utk menurunkan berat yg melebihi 60kg! Hadiahnya lumayan beb! Rm1,200 jadi taruhan. Klau x berjaya plak, terbang rm300. Yg penting bkn duit sgt, tp dpt pakai baju raya cantik raya ni. Nurul nk pakai bj pink, katanya. Lindapun dh ada bj idaman. Sayapun ada bj yg dh tak muat sbb buat awal sgt. Rinapun nmpak semangat nak kurus. Ida plak saja2 nk bagi sedekah rm300. Hehehe. 15hb ogos tarikh akhir timbangan. Akak dah panik sbb x ada usaha apa2 lagi. Linda plak sejak 2 menjak ni asyik posa jer. Taun lepas x plak rajin sgt posa sunat. Ni mesti stategi nak kurus. Masalahnya bila majlis mkn2pun si linda ni bantai posa. Yg saya dan yg lain2 bantai mkn! X blh jadini. Saya nak kena start arini gak. Tapi masalahnya arini ada majlis mkn2 lagi. Cana ni? Esok jer la start diet! Lawan tetap lawan. Kalau x menangpun biar kalah bermaruah kata org. Hehehe.

Monday, April 11, 2011

IKLAN BUNUH DIRI

Sekadar iklan: Jika nak bunuh diri, silalah bunuh diri di mana-mana pejabat SPRM di seluruh negara! Anda akan dijadikan hero atau heroin dan akan disanjung. Nak hidup pun buat apa, klau dah sah-sah bersalah, kecewa atau apa-apa yang membolehkan untuk wujudnya perasaan bunuh diri. Dari hidup dibenci keluarga, dipinggir rakan, baiklah mati sebagai hero. Betul? Carila duit dulu banyak-banyak dengan terima rasuah, senangkan dulu ahli keluarga, kekasih atau sesiapa saja. Lepas itu bunuhla diri. Dan bila mati, tak ada orang yang kata bunuh diri. Depa akan kata mati mengejut, terjatuh bangunan atau dibunuh.

Saya masih teringat lagi pesan aruah mak saya:- klau buat jahat dan kemudian kita bertaubat betul-betul, Allah akan ampunkan walaupun kita buat dosa yang besar. Lepas ditimbang-timbang, masukla neraka sehingga dosa habis, lepastu akan masuk syurga jugak selagi kita ini orang Islam. Tapi kalau kita bunuh diri, tak ada lagi keampunan dari Allah - terus jer masuk neraka selama-lamanya.

Itulah jugak yang mengganggu saya. Bunuh diri terlalu banyak yang melibatkan orang Islam sekarang. Putus cinta bunuh diri, gagal periksa bunuh diri, tak dapat bayar alongpun bunuh diri, malu atas sebab satu-satu kesalahanpun bunuh diri jugak. Pendek kata, kalau ditimpa masalah aje, amik jalan mudah bunuh diri. Pendek tul akal depa tu. Agaknya depa rasa bila bunuh diritu tamatlah penderitaan kat duniani. Depa tak tahu kat akhirat macammana. Hidup kat duniani sat jer. pejam celik, pejam celik dah mati...

Bila bicara pasal SPRM ni, saya heran jugak. Apa pasal dia orang nak bunuh orang kat pejabat dia sendiri. Orang lain kalau nak bunuh orang, dia buat kat tempat lain, dia bakar, dia simenkan, dia bagi harimau makan atau dia letupkan. Bodoh betul orang SPRM tu. Tak tahula klau orang SPRM tu dirasuah oleh satu pihak yang berkepentingan. Biar imej SPRM nampak teruk di mata masyarakat. Banyak kejadian aneh yang berlaku, banyak cerita dan plot yang bersimpang siur....ada yang logik, ada yang tidak. Ada yang kelakar, ada yang bangang tahap gaban....

Best kalau wat cerita nie. Tak tahulah klau rtm nak terima atau tak....




Friday, March 25, 2011

TSUNAMI DI HATI KAK WAN

Agaknya berapa skala ritcher tsunami yang melanda hati Kak Wan kita la ni? Adakah 9 skala richer macam yg kat Jepun tu atau mungkin lebih lagi. Simpati sungguh saya pada Kak Wan. Dari kes Shamsidar, Azizan, Sukma, Saiful dan entah sapa-sapa lagi dan yang terbaru video porno plak dah tersebar....Baca plak tulisan blog Papa Gomo sebentar tadi yang memperincikan segala-galanya..Isyyy...memang sabar tul Kak Wan....Hebat tul Kak Wan....Payah cari isteri yang macam gitu. Yang untungnya si Anwar. Nafsu dia yang tang lain2 tu lantak pi la kat dia. Tapi nafsu dia yang nak jadi PM tu yang jadi semua huru hara. Tak kesian ke kat bini? Kat anak-anak, menantu, cucu, sedara mara? Sanggup orang menelanjangi diri sendiri hanya sebab nak jadi PM. Best sangat agaknya jadi PM tu eh? Kalau dia jadi PM agaknya hebat sangat ke yang dia boleh ubah Malaysia ni? Paling kesian Kak Wan....tak kiralah semua tuduhan tu betul atau palsu, tapi tuduhan itu mencalar maruah Kak Wan. Kan lebih baik, dalam usia senja yang begitu, Anwar p berehat, p bercuti ngan Kak Wan, anak cucu semua. Banyakkan beribadat....itu lebih baik dari nak jatuhkan Najib. Biar orang2 muda buat keje tu semua. Biar org lain yang tak ada kes 18xx ni yang ke depan. Lindungi maruah Kak Wan. Bila tsunami melanda hati Kak Wan, banyak kerosakan yang berlaku...sudah-sudahlah tu...Nak suruh orang berhenti buat tuduhan mesti tak boleh punya. Jadi baiklah diri tu sendiri yang berhenti. Tak payahlah nak kejar dunia ni sangat. Bukan Malaysiani teruk sangatpun. Bukan anak-anak tak boleh pergi sekolah, bukan tak boleh pergi kerja, bukan tak boleh pergi melancong dan bukan tak boleh nak beribadat. Semua boleh...Kesianla kat Kak Wan.

Penat dah baca semua kes Anwar, dari zaman sekolah dan tika tinggal sebilik ngan Sukma lagi sampai sekarang...tapi, bila nak hilangkan tension keje syok jugak layan cite 18xx ni...hehehe.

Tuesday, March 8, 2011

ASMARA

Logik ke si asmara langsung x p tgk kubur wife dia? Logik ke si asmara kahwin kali ke dua tanpa ada sebarang surat mati si isteri? Ke barangkali dia kahwin dulu x daftar kot. Logik ke si asmara yg baru x sampai setahun duk jd mcm nak gila cintakan si wife segera dia tu? Logik ke senang sgt nak cipta suatu kematian dan senang sgt nak tipu seorg bergelar suami? Mana pergi semua kwn2 asmara, zalia, famili lain? Depa tahu zalia tu hidup ke mati? Logik ke cepat sgt si asmara tu kahwin ngan ex gf dia? Yg ini logik sbb lelaki mmg camtu. Hehehe. Tapi penonton kisah ke pasal logik atau x logik? Itulah indahnya jadi penulis, jadi penerbit dan jadi stesyen tv!

Wednesday, November 24, 2010

SUAMI KELAR ISTERI

Berita yang menyesakkan otak hari ini: Suami kelar isteri sampai mati! Agaknya apa perasaan kaum lelaki bila baca berita itu? Seronok? Bangga sebab berjaya tunjuk kejantanan? Hebat sebab jadi makhluk yang digeruni? Agaknya dah ramai sangat orang lelaki yang gila kat Malaysia ni. Dan jangan hairan bila ada orang lelaki yang akan kata, itu mesti isteri dia curang...dan banyak lagi anggapan negatif terhadap mangsa. Kalau suami curang, isteri perlu bersabar dan berusaha untuk amik semula hati suami. Kalau suami terus curang jugak, isteri perlu memaafkan kerana itu adalah fitrah lelaki. Tapi kalau isteri yang curang, suami boleh bunuh isteri. Macamtu ke? Gila ke apa? Memang gila la tu. Banyak dah kes suami bunuh isteri dan boyfriend bunuh gfriend. Agaknya kalau buat statistik, ramai perempuan yang mati sebab lelaki. Tak percaya, cuba lihat kat sekeliling kita. Berapa banyak kes perempaun dibunuh lelaki, berapa ramai yang kena sakit jantung sebab perangai lelaki yang akhirnya membawa maut, yang bunuh diri sebab lelaki, yang sakit darah tinggi sebab anak lelaki, sebab suami, sebab adik beradik lelaki....

Sebab perangai lelaki yang semakin menggila jugalah pihak RTM mintak Eurofine buat citer yang baik-baik belaka tentang kehidupan rumahtangga. Jangan buat lagi citer suami pukul isteri, suami tengking isteri apalagi bunuh isteri. Agaknya sebab itu jugaklah TV3 kuarkan citer Asmara. Punyala baiknya si Asmara tu. Dahla hensem giler, badan pun cantik, baik pulak tu. Beranganla orang-orang perempaun untuk dapat lelaki yang sehebat Asmara. Akakpun nak cari sorang kalau betul ada. Tapi masalahnya, orang lelaki tengok ker semua drama tu untuk dijadikan pengajaran? Suami pompuan yang kena kelar semalam tu tengok ke citer Asmaratu? Orang lelaki tak tengok drama untuk dijadikan pengajaran. Depa tengok drama untuk cari pelakon yang cantik. Nak tengok Liyana Jasmay, nak tengok Fazura, Fauziah Gous, Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah...(opsss Ayu Raudhah mengingatkan saya pada Zakuan...alahaiiii asmaraku...)

Kalaulah saya diberikan kuasa sakti, mahu rasanya saya jadikan semua lelaki lemah lembut. Bukanlah yang lembut sehingga Abang Nuar pun nak sambar jugak, tapi yang lembut bila berbicara dan berdepan dengan kaum perempuan. Kira gentleman la...yang bicara dan perlakuannya penuh kasih sayang. Tapi itu semua mimpi dan cuma boleh dibuat dalam drama jer. Agaknya sebab itu saya suka buat drama supaya boleh buat apa sahaja pada lelaki ikut acuan skrip sendiri. Kalau yang jahat giler saya akan gambarkan lelaki. Kalau perempuan jahatpun biar yang kena orang lelaki, bila lelakitu buat jahat saya suruh treler langgar atau biar dia mati dalam longkang sendirian sehingga dagingnya dicicipi anjing liar dan dihurungi langau. Nampak macam benci sangat saya kat lelaki kan? Salah tu...saya suka Asmara, saya suka Zakuan. hahaha. Bukan benci, tapi sakit hati. Rakan-rakan kat opispun ramai lelaki yang budiman. Ada Syawal, Irwan, Jamil, Tok CD, Jason. Semuanya baik dan setakat nakal2 kucing jer. Tak percaya, datangla ke Eurofine.

Dan kepada penulis skrip di luar sana, kalau ada citer yang kita boleh kenakan kaum lelaki, silalah hantar ke Eurofine!

Thursday, November 11, 2010

PENULIS DAN BOMOH

Kalau ada penulis skrip yang rasa teraniaya, rasa dizalimi atau cuba nak cari kerjaya lain, saya cadangkan p jadi bomoh! Kerjaya bomoh ni senang cari makan. Bomoh tak pernah kena tipu macam penulis skrip sebab depa yang banyak tipu orang. Lagipun, satu Malaysia percaya kat bomoh. Yang kaya, yang miskin, ahli politik, ahli muzik, ahli sukan. Pendek kata, apa jer yang tak kena boleh mintak bomoh selesaikan. Siti Balqis hilang, cari bomoh, nak nombor ekor cari bomoh, bila kemarau cari bomoh hujan, bila kedai tak laku, kena mintak tolong bomoh pulihkan, kalau anak demampun cari bomoh. Hilang kerbaupun tanya bomoh. Apa lagi kalau tiba musim pilihanraya. Semua cari bomoh. Kalau kalah depa kata bomoh Rosmah lagi hebat. Kalau macamtu pilihanraya akan datang kira BN mesti menangla sebab Rosmah ada bomoh. Nak wat camana, Anwar tak main bomoh, dia main 'bo' jer. Gitula agaknya. Kira hebat betul peranan bomohni!

Saya sebenarnya duk heran sangat, awatla yang duk percaya bomoh nie? Pandai satu dua tiga ayat Quran dah mengaku ustaz, dah mengaku bomoh handal. Bukan tak pernah ada kes bomoh kerat orang, bomoh rogol orang, bomoh tipu duit, bomoh itu dan bomoh ini, tapi memang dasar manusia tu mudah lupa - bak kata Tun M. Memang betul! Tapi bomoh bukan dari kalangan Melayu aje. Ada gak bomoh India, ada gak bomoh Cina macam Lee Meng Wah yang hari ni kena hukum penjara 5 tahun dan 3 sebatan. Padan muka dia, dan padan gak dengan muka orang yang percaya sangat ngan bomoh tu. Saya bukan tak simpati pada orang yang teraniaya, tapi orang yang teraniaya tu patutnya dah belajar dari pengalaman orang-orang lain. Yang duk percaya gak tu apa pasal? Kononnya bomoh boleh hilangkan sial. Sial tu macammana? Ker yang sial tu ialah si bomoh?

Mana pergi bomoh hujan yang orang selalu duk panggil masa nak buat kenduri kendara? Awat bomoh ni tak p berhentikan hujan kat Kedah sampai Kedah banjir teruk? Tapi percaya atau tidak, nanti musim kenduri bulan 12 ni, orang akan panggil gak bomoh hujan nie. Tu pasal saya kata kerjaya bomohni memang menguntungkan. Sapa-sapa jer boleh jadi bomoh. Tak perlu ada kelayakan akademik. Janji bijak menipu.

Macam penulis skrip jugak. Orang lulus SRP jer pun boleh jadi penulis asal saja punya minat, punya pengalaman atau punya pengamatan rapi tentang hidup dan kehidupan. Tak semestinya orang yang ada diploma, ijazah, master atau palbagai title lain dalam penulisan boleh menjadi penulis skrip yang kreatif. Apa lagi yang dapat title secara palsu. Yang payah ialah menghasilkan idea atau mencari cerita yang original. Bukan ceduk dari HBO atau amik cerita dari cerita-cerita lama dan diubahsuai. Macammana nak kembangkan idea, bagaimana nak tulis ikut format yang betul, semuatu boleh belajar dengan cepat dan mudah.

Jadi, saya menyeru kepada semua manusia di luar sana, sesiapa sahaja termasuk para saintis, arkeologist, pemandu teksi, treler, penganggur, pembuat roti canai atau penoreh getah, anda memang boleh jadi penulis skrip selagi anda punya minat dan punya cerita untuk dikongsi bersama. Tapi jika tidak yakin atau takut ditipu, baik jadi bomoh jer la....